Monday 7 November 2016

Hati.


Haram.


Rezeki.

Susah senang kita secara individunya tidak terjejas disebabkan kenaikan harga barang. Zaman barang tak naik pon ramai diantara kita telah lama menjadi orang susah miskin. Bahkan dikenaikan harga barang sekarang pon masih ramai juga orang yang terus hidup mewah. Susah senang kita tergantung amalan soleh kita. Jika kita tidak maksiat ,jaga sembayang awal waktu dan.melaksanakan amalan soleh terutama amalan amalan yang melapangkan rezeki spt membaca alquran,berzikir, berselawat,bersedekah,menghubungkan silaraturahim,sembayang duha dan lain lain amalan yang menarik rezeki. Dalam masa yang sama kita juga kita tak melakukan maksiat terutama maksiat maksiat yang menyempit kan rezeki spt syrik ,berzina, bergaduh dan lain lain. Yakinlah disaat barangan mahal macama mana sekali pon dipasaran, kalau kita taat perintah allah tak maksiat, rezeki kita tetap melimpah ruah dikurniakan oleh allah swt. Sebaliknya jika kita maksiat banyak melakukan dosa dan tidak beramal soleh terutama tidak melakukan amalan amalan yang menarik rezeki.yakinlah walau semurah mana pon harga barang dipasaran. Kita tetap susah walupon barang   murah. orang yang soleh walaupon nampak susah tetapi allah senentiasa mencukupi keperluannya. Tetapi kita tak sedar kerana kayu ukur kita hanya bersandarkan rumah besar,kereta besar. Mereka juga menikmati  kemudahan itu walau tak punya itu semua.mereka orang yang soleh mendapat kemudahan spt orang kaya tanpa memikul beban hutang.

YYG

Inta Eyh

Sunday 6 November 2016

Surah Al Baqara. Ayat 49-57.

Surah Al-Baqara
Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. (49) Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (50) Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri). (51) Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur. (52) Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa Kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk. (53) Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (54) Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami). Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya. (55) Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (56) Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (57)

Surah Al Baqara. Ayat 38-48.

Surah Al-Baqara
Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (38) Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (39) Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (40) Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa. (41) Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (42) Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (43) Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (44) Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (45) (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (46) Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya). (47) Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. (48)

Masuk Islam Massal dalam Acara Ceramah Yusuf Estes 1

Yusuf Estes | Surat Al Fatikhah telah membuat mantan pendeta ini yakin k...

Pineapple pan.

Soy

Camel in love,

Mr Juling

Apple pineapple pen

Enta Eih .

EYH

w10.