Friday, 17 March 2017
Monday, 7 November 2016
Rezeki.
Susah senang kita secara individunya tidak terjejas disebabkan kenaikan
harga barang. Zaman barang tak naik pon ramai diantara kita telah lama
menjadi orang susah miskin. Bahkan dikenaikan harga barang sekarang pon
masih ramai juga orang yang terus hidup mewah. Susah senang kita
tergantung amalan soleh kita. Jika kita tidak maksiat ,jaga sembayang
awal waktu dan.melaksanakan amalan soleh terutama amalan amalan yang
melapangkan rezeki spt membaca alquran,berzikir,
berselawat,bersedekah,menghubungkan silaraturahim,sembayang duha dan
lain lain amalan yang menarik rezeki. Dalam masa yang sama kita juga
kita tak melakukan maksiat terutama maksiat maksiat yang menyempit kan
rezeki spt syrik ,berzina, bergaduh dan lain lain. Yakinlah disaat
barangan mahal macama mana sekali pon dipasaran, kalau kita taat
perintah allah tak maksiat, rezeki kita tetap melimpah ruah dikurniakan
oleh allah swt. Sebaliknya jika kita maksiat banyak melakukan dosa dan
tidak beramal soleh terutama tidak melakukan amalan amalan yang menarik
rezeki.yakinlah walau semurah mana pon harga barang dipasaran. Kita
tetap susah walupon barang murah. orang yang soleh walaupon nampak
susah tetapi allah senentiasa mencukupi keperluannya. Tetapi kita tak
sedar kerana kayu ukur kita hanya bersandarkan rumah besar,kereta besar.
Mereka juga menikmati kemudahan itu walau tak punya itu semua.mereka
orang yang soleh mendapat kemudahan spt orang kaya tanpa memikul beban
hutang.
Sunday, 6 November 2016
Surah Al Baqara. Ayat 49-57.
Surah Al-Baqara
Dan
(kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan
orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang
seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan
membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian
itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
(49) Dan
(kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui
(kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu
dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua
menyaksikannya. (50) Dan
(kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi
Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam.
Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu
sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri). (51) Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur. (52) Dan
(kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa Kitab (Taurat) dan
keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan
antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.
(53) Dan
(kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku!
Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu
menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah
yang menjadikan kamu iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih
baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima
taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima
taubat), lagi Maha Mengasihani. (54) Dan
(kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman
kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata
kepala kami). Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua
melihatnya. (55) Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (56) Dan
Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang
pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami
berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah
kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka
kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri
sendiri. (57)
Subscribe to:
Posts (Atom)


